bila orang lain ada masalah, sayalah yang jadi kounselor mereka. saya dapat bantu mereka dengan memberi pelbagai jalan dan cara untuk mereka sendiri selesaikan masalah mereka. kononnya saya adalah doktor mereka. dengar macam kelakar tapi saya akui saya boleh jadi kounselor juga kan...
macam mana pula jika saya ada masalah? saya pun berkongsi dengan orang lain. kenapa ye? sedangkan saya boleh jadi doktor penyelesaian masalah.. haha. mungkin kerana apabila kita dalam kekusutan, buntu memikirkan jalan penyelesaian, kita terlalu memikirkan perkara tersebut sehingga semua benda block depan kita. jadi kita memerlukan tempat meluahkan segalanya. nak tak nak saya mesti luahkan apa yang saya rasa agar saya tak perlu nak fikirkan sangat masalah tu.. ops! cikgu saya pernah berpesan jangan namakan itu masalah jika kita dah tahu masalahnya, namakan ia cabaran!
banyak perkara saya boleh selesaikan sendiri walaupun saya luahkan pada mereka yang saya percayai, bagi saya luahkan itu adalah untuk merasa lega. tapi untuk menyelesaikannya saya akan berfikir secara logik apa yang patut saya lakukan. cuma satu yang sukar untuk saya selesaikan. cabaran cinta. kenapa ye? adakah kerana saya tak pernah bercinta..? perigi cari timba atau timba cari perigi? macam mana pula kalau dua-dua cari sesama? hahaha.. apa penyelesaiannya..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan