Ahad, 4 Julai 2010

Rahmat Ujian - Mestica

bismillah...

Hidup penuh dengan pelbagai ujian. tak dinafikan semua itu.. apa yang berlaku dalam hidup kita adalah suatu ujian untuk kita mematangkan lagi diri kita. semua ini adalah asam garam kehidupan, tanpa semua ini hidup kita tidak menarik. persoalannya, adakah kita mampu mengatasi semua ujian yang diberikan?
Ya! kita mampu.. Allah tidak akan memberi ujian kepada hambaNya jika hambaNya tidak mampu melakukannya. Allah tahu apa yang mampu untuk hambaNya, maka jika Dia ingin menurunkan ujian, Dia akan beri yang termampu dibawa oleh kita.
Persoalan seterusnya, bagaimanakah caranya kita hendak mengatasi ujian yang diberi? yes, inilah yang selalu diabaikan oleh semua hamba. jikadatang nya suatu ujian kita menganggap ia adalah suatu musibah. tidak terfikir di fikiran kita bahawa apa berlaku adalah ujian Allah untuk menguji iman kita. Mengapa kita perlu mengeluh dengan apa yang berlaku?
Sebenarnya, segala yang berlaku hendaklah dimaklumkan atau diluahkan kepada Allah. kerana sesungguhnya, pada Dia sahajalah yang dapat memberi penawar dan petunjuk juga jawapan dari segala yang berlaku dalam hidup kita. Apabila kita sebut akan semua ini, semua orang tahu perkara ini, ya, mereka tahu kalau ada masalah, mintalah doa dan petunjuk dari Allah. tapi, tanpa disedari, ramai orang islam tidak melakukannya.
Kadang-kadang sedih melihatnya. kenapa perlu mencari orang lain seperti bomoh sedangkan kita ada Tuhan. Dia Maha Pencipta, yang menciptakan kita, maka sesungguhnya Dia tahu apa yang baik untuk kita.

Akhir kalam, semoga Muslim n Muslimah semua sedar bahawa kita hidup di dunia ini adalah ujian semata-mata. setiap yang berlaku mintalah petunjuk daripadaNya agar dapat kita membuat keputusan yang betul dalam hidup kita dan tidak menyesal selamanya. Kerana sesunggguhnya redha Allah itu adalah penting untuk kita.
Lagu ini adalah lagu pemberi semangat kepada saya dan rakan-rakan. setiap kali mendengar lagu ini, kami rasa semangat untuk menempuh ujian Allah yang bagi kami sukar untuk mengatasinya tapi kami tahu, jika kami melalui dan menghadapinya dengan tabah juga bimbingan dari Allah dan hidayahNya, insyaAllah moga kami sejahtera dan selamat.


Selasa, 11 Mei 2010

Pentingkah Ilmu Agama?


Baru- baru ini saya join program J-qaf di sebuah sekolah yg terletak di selayang. saya menjadi fasi untuk mengajar iqra' kpd pelajar yang terpilih saja. alhamdullillah, senang kerja saya kerana dapat group yang memang tahu bacaan iqra. sungguhpun ada seorang pelajar yang kurang mahir tapi sekurang-kurangnya dia belajar iqra. keluarganya mendedahkan ajaran agama kepada dia. tapi saya runsing kepada keluarga atau ibu bapa yang tidak mendedahkan ajaran agama kepada anak2 mereka. kesian sungguh....saya amat simpati...

zaman sekarang ni, ramai orang tidak menitik beratkan agama sedangkan agama itulah identiti kita yang sebenar. dan memang jadi satu naluri semula jadi dalam setiap diri manusia mencari2 kebenaran iaitu apakah agama mereka. inilah adalah pandangan saya sendiri, dan pengalaman saya sendiri. saya banyak kenalan, ada dikalangan sahabat saya yang tahu membaca tetapi tidak mahir lagi, mksdnya masih lagi merangkak2 baca al-quran. sedihnya...! nak dikira umur, mereka dah besar. tapi kenapa mereka tidak merasa malu pada diri sendiri untuk memajukan diri melancarkan bacaan al-qurannya. dalam hal ini, kita x boleh salahkan sesiapa sahaja 100% kerana saya tahu, walaupun ibu bapa tidak mendidik dengan betul mgkin diri anak itu sendiri boleh mendidik dirinya.

semua memainkan peranan penting dalam hal sebegini tapi peranan paling utama ialah diri sendiri terutama sekali apabila sudah meningkat dewasa dan mempunyai ilmu di dada. setuju tak kalau saya mengatakan bahawa seseorang yang belajar ilmu agama atau tahu akan hal agama nampak lebih matang( daripada segi perwatakannya dan pemikirannya )berbanding seseorang yang hanya belajar akademik atau duniawi sahaja. cuba perhatikan di sekeliling anda, atau antara yang paling dekat ialah sahabat anda. bagaimanakah karakternya dan cara pemikirannya jika ada sesuatu masalah atau cabaran yang datang.

ketika saya mengajar murid di sekolah selayang, seorang anak murid saya yang agak pandai baca iqra beritahu saya bahawa bila dia dah besar nnt dia tak mahu belajar agama. terkejut saya mendengarnya. rasa nak je berceramah kat depan dia bahawa agama itu penting, tapi saya faham dia adalah seorang budak kecil yang masih mentah, umurnya kire2 10 tahun. jika budak seperti ini, kita x boleh nasihat atau ceramah panjang2 kepada mereka, kita kena gunakan cara lain mungkin cerita atau beri satu contoh yang berkaitan. dan paling penting ketika budak umur sebegini ibu bapa perlu guide agar dia x jauh tersasar.

apa-apa pun, saya harap kepada semua tidak kiralah yang sudah menjadi ibu bapa atau bakal menjadi ibu bapa, perkara penting sekali didik diri anda tentang ajaran agama dan didik dan dedahkan ajaran agama kepada anak2 anda kelak. kerana sungguh penting agama itu dalam diri setiap manusia. DOA NABI:
YA ALLAH..
KAU KURNIAKAN PADA HATI KAMI MENCINTAI KEIMANAN DAN JADIKANLAH KEIMANAN MENGHIASI DALAM HATI KAMIDAN TANAMKANLAH KEBENCIAN KEPADA HATI KAMI TERHADAP KEKUFURAN, KEINGKARAN, KEFASIKAN, KEMAKSIATAN DAN KEDURHAKAAN, DAN JADIKANLAH KAI TERMASUK ORANG2 YANG MENGIKUTI JALAN YANG LURUS..




Ahad, 9 Mei 2010

happy mother's day

Asslammualaikum....happy mother's day! to my mom yg makin hari makin jelita tue... semoga dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur, bahagia dunia akhirat.. pagi tadi teringat nak wat poem tapi da lupe pulak ape ayatnye... so, ssya ingat juz bese2 punya poem la...hahahaha

kerana jeritannya, aku jadi semakin rajin. dulu memang pemalas. mungkin kerana ada 2 orang kakak so, aku rasa aku x perlu wat keje sangat...tapi semua itu x mgkn berlaku. kakak2 aku sendiri kaki buli, dia pun x mungkin akan biarkan adik dia duduk senang lenang. kerana dia tahu, kalau x buat keje maka emak aku akn menjerit, jadi sia akan gunakan kuasa dia untuk mengarah. maka aku lah mangsa nya...hahaha...

kerana jeritannya, aku pandai masak. walaupun bukanlah mahir mane pun, setakat mknn tradisi tue bole la aku wat tapi western2 tue kena belaja la... yang penting aku mampu masak untuk bagi bakal family aku makan kelak...faham2 la maksudnye... hehehe.. kerana rungutannya, aku pandaila juga nak wat ape2 kueh atau ape2 manisan untuk minum petang..

kerana cubitan dan segala pukulan, aku jadi semakin matang. dulu memang la nakal...tapi bila kena cubit dan pukulan emak aku ni, terus insaf... insaf x nk wat lgi..sakit..

walaupun emak aku nie kadang2 sensitif tapi sebenarnye dia mahukan perhatian.. perkara biasa. semua orang macam tue kan .... dengan sikapnya, aku jadi semakin sabar..walaupun dulunya aku ni panas baran, kini da jadi lemah lembut taw.....hahaha...yeke?

okla....poem yang tak menjadi aku buat...hahaha..ape2 pun ni ikhlas dari hati aku...moge2 hidup ku sentiasa diiringi doa emak aku...dan aku sentiasa doa untuk kedua ibu bapa aku...amin...

Selasa, 4 Mei 2010

"SHoULd Be CanCellED"

salam..urm... semalam aku bertungkus lumus baca nota koku sbb esknye (arini) aku ada kuiz.. keesokkan harinya pula aku baca lagi sekali nota sehingga aku da hafal kesemuanya. jam 5 kelas aku bermula. aku datang lmbt seperti biasa. dan itu memang cara aku, siapa yang tak kenal. semua sahabat aku kenal, x sah kalo x lmbt. mereka pun dah biasa. sejak zaman matrik di nilai sampai skang zaman di gombak.
berjalan 'terkedek2' akhirnya sampai kelas jam 5.15. ok lagi kan? badan pun mula berpeluh kerana terkejar2 pegi ke kelas. masuk je kelas semua orang pandang aku sambil tersenyum.. ada yang cakap 'panjang umooo..' aku pun senyum taik kambing dan terus cari tempat duduk di sebelah kawan ku. lepas tu mula la lecturer re-announce kat aku (juz me coz im late) bahawasanya kelas kami (koku) terpaksa dibatalkan.. Oh My God! terkejut beruk aku..! katanya.." too few students in this class. only 7 people"
so, aku pun terpaksa terima keadaan. ada solution nye kalo nak maintain the class iaitu find other students about 4 people. kalo x kelas tutup. aku n kawan aku pun berbincang.... mungkin kami akan biarkn kelas koku ni tutup n add sem depan. dan kami nak try pujuk ofis bg kami add (walaupun time add da hbs) subjek lain yang confirm x cancel.. subjek socio... so, apepun, kena mencuba la esok hari..harap2 dapat..
about kuiz, aku terpaksa simpan memori ini untuk sem depan. patotla semalam aku rasa macam x penting je kuiz...(aceh2! konon2 ade six sense la...) bye koku..see u next sem...

Jumaat, 19 Mac 2010

once in lifetime

Assalamualikum...sape yang pernah couple berkali2 dlm hidup nye? maksud saya lebih daripada sekali.. seronok ke couple ni sebenarnye? erm..secara logiknye memang seronok..saya akui, manusia mana yang x nk berpasangan? semua nak. saya sendiri mengaku nak. tapi persoalannya sekarang, siapakah? hehehe.....

rasa2 nye percaya ke tak kalo saya ckp saya x penah couple? kalo admire tu perkara biasa la.. rmi juge yang menunggu2 saya bile nak couple.. em..saya ni bukannye mudah nak terima seseorang menjadi teman hidup saya. bagi saya, saya mahukan seorang lelaki yang sama yang boleh menjadi buah hati saya, tunang saya dan suami saya. juz one and only one. saya x mudah untuk memberikan cinta saya pada orng lain kecuali saya yakin dia suami saya dan saya isteri dia. itu prinsip hidup saya. so, how about yours?

nak memilih lelaki tue...em...memang perlu dipilih. as a women, kita harus ada sikap memilih sedikit kerana apa kerana kelak, lelaki itu akan jadi suami kita, perlu hidup dengan dia hari2. mengadap muka dia hari2. jadi carilah seseorang yang sedap mata memandang, yang bagi pandangan mata anda dia sempurna. masing2 kan mempunyai pandangannya tersendiri. satu lagi sebabnya ialah perempuan boleh kahwin sekali, malah lelaki boleh kahwin 4, so, dia ada peluang untuk berkahwin lagi sekali dengan wajah yang berbeza..kan..kan?

macam ane agaknye citarasa saya yer...erm..citarsa saya...hehe..insyaAllah kalo dapat la kan.. sy nak yang pertama sekali x hisap rokok. lebih tinggi daripada saya. berkulit agak cerah ataw kuning langsat. mempunyai agama islam yang kukuh. jaga solatnya(at least la, bukannye ape, sekarang ni susah nak cari lelaki yang jaga solatnya) tapi kalo dapat yang memang mendalami agama islam Alhamdullillah. dan kalo boleh nak cari orang yang tinggal dekat2 saje ngan melaka. xnk jauh2 nnti susah nak balik kmpung. tapi kalo da jodoh, sy x kisah, terima la. ape lagi ek.. hah! yang berfikiran matang, x suke mengongkong sgt, yang x banyk sgt bercakap (coz sy nie becok kuat bercakap so, nak amek yang kurang sikit bercakap. barulah aman..hehehe)

ok...jika sesape yang bace..plez leave a comment..gotta go... da..da..Asslamualaikum..

Rabu, 24 Februari 2010

the best song n best words


I praise ALLAH for sending me you my love...you found me home and sail with me And i'm here with you..now let me let you know.. You've opened my heart.. I was always thinking that love was wrong.. But everything was changed when you came along And there's a couple words i want to say.. For the rest of my life..I'll be with you I'll stay by your side honest and true Till the end of my time..I'll be loving you..loving you.. For the rest of my life...thru days and nights.. I'll thank Allah for opening my eyes Now and forever I...I'll be there for I know it deep in my heart.. I feel so blessed when I think of you And I ask Allah to bless all we do You're my wife and my friend and my strength and I pray we're together in Jannah. Now I found myself I feel so strong..yes everything was changed when you came along And there's a couple words I want to say For the rest of my life..I'll be with you I'll stay by your side honest and true Till the end of my time..I'll be loving you..loving you.. For the rest of my life...thru days and nights.. I'll thank Allah for opening my eyes Now and forever I...I'll be there for I know it deep in my heart..and now that you're here infront of me..I strongly feel love.. And I have no doubt..I sing it loud that I will love you eternally... For the rest of my life..I'll be with you I'll stay by your side honest and true Till the end of my time..I'll be loving you..loving you.. For the rest of my life...thru days and nights.. I'll thank Allah for opening my eyes Now and forever I...I'll be there for I know it deep in my heart..

Selasa, 23 Februari 2010

open your eyes



Close me to You..

Isnin, 22 Februari 2010

HARI UNTUK BERDOA

Sebuah catatan pernah dibacakan oleh Abu Sulayman Al-Kaththabi kepada sebahagian dari murid-muridnya. Beliau berkata:

"Dahulu pada hari-hari saat Imam Syafie menunaikan ibadah haji, ada suatu kesempatan yang digunakan olehnya untuk mengkaji berbagai masalah. Tiba-tiba ada seorang wanita menyampaikan sebuah lembaran bertuliskan:"

Semoga Allah mengampuni dosa orang yang memberi pertolongan dengan doa terhadap dua orang yang dahulunya selalu bersahabat. Kemudian mereka bercerai-berai kerana dikuasai oleh nafsu mereka. Setelah itu hilanglah rasa persahabatan di antara keduanya.

Al-Kaththabi melanjutkan. " Lalu Imam Syafie menangis sambil mengatakan, hari ini bukanlah hari untuk berdebat. Hari ini adalah hari untuk berdoa. Kemudian Imam Syafie terus menerus mengucapkan Allah humma..Allah humma..hingga semua sahabatnya pulang."

NILAI SEBUAH DOA

Adakah engkau menganggap rendah nilai sebuah doa?

padahal engkau tidak mengetahui pengaruh sebuah doa. Tidak ada salahnya engkau berdoa di tengah malam. Tetapi renungkanlah bahawa malam memiliki batas yang pasti akan berakhir.

Rabu, 10 Februari 2010

kulit muka terbakar...

sport carnival bedsa da berlalu..saya main netball dan team saya, rumah oren dapat tempat ketiga. erm..x kisahla asalkan dapt medal. lps berlalu satu hari tue, muka sume students merah n terbakar..termasukla muka saya yang dlm keadaan semakin pulih. mula2 merah, pastu gelap berbelang, pastu, kulit muka ni mengelupas. x pe...lame2 okla muke nie...

Selasa, 2 Februari 2010

my class....

saya suka semua kelas pada sem ni.. especially kelas usul al-fiqh and tajwid n hifz.. ustaz2 saya tu bukan sahaja mengajar yang berkaitan dengan subjek tapi mereka juga memberi isu2 yang berkaitan dengan kehidupan kita seharian. persoalan dan masalah yang mereka bangkitkan membuat kami anak muridnya berfikir dengan lebih jauh atau lebih terbuka. setiap masalah ada penyelesaiannya. begitulah apa yang mereka lakukan. tetapi yang seronoknya jawapan yang mereka kongsi bersama kami adalah jawapan yang tak terfikir dalam fikiran kami. jawapannya ringkas tapi amat bermakna. perbincangan kami adalah perbincangan masalah umat islam yang berlaku pada zaman serba moden ini. tertanya2 kenapa pada zaman nabi muhammad tidak berlaku segala masalah seperti yang berlaku sekarang? mesti ramai yang menjawab zaman nabi lain, zaman kita lain. apa ye bezanya? jika nak dijadikan masalah pada zaman2 bila pun boleh jadi.

saya nak kongsi satu masalah yang dibangkitkan oleh ustaz saya. oleh kerana satu hari nanti saya bakal menjadi ustazah insyaAllah.. maka ustaz pun tanya soalan ini, bagaimanakah caranya kamu sebagai orang yang beragama (ustazah) ingin mengajak umat islam terutamanya muslimah, menutup aurat. seperti yang kita nampak, ramai diantara kita beragama islam tetapi adakah mereka menjalankan syariat2 islam? bertudungkah mereka walhal mereka solat juga. tak pernah tinggal solat lagi tu. bile di ajak bertudung, katanya belum dapat hidayah. ada juga yang menjawab islam bukan agama paksaan, mereka pun rujuk lah kepada ayat "لا إكره في الدين" jadi, apa jawapannya?

maka inilah yang diberi.. perumpamaan..; saya ada sebuah kereta, kereta mercedes, beli guna duit sendiri. tapi saya tak ada rotex n lesen. saya pun pergi la jalan2 bawa kereta mercedes tu.. tiba2 ade road block. polis pun tahan saya kerana saya tak ada rotex. bila minta lesen saya jawab saya tak ada lesen. maka polis pun nak saman saya. saya jawab, kenapa saya perlu disaman, kereta ni kereta saya! saya beli guna duit saya sendiri! tak mencuri! saya pun bawa ok je tak mengganggu orang lain. kenapa saya perlu disaman. ini tak boleh jadi..! see u in court! saya pun bawakan hal ini ke mahkamah..setelah dibincng2 agak2 nya siapa yang menang? saya atau polis?
secara relevan nya mesti semua menjawab polis yang menang. memang dah undang2 malaysia, jika sesiapa membawa kenderaan hendaklah adanya rotex dan lesen. jika tidak anda akan dihukum. maka jatuhlah hukuman terhadap saya.

ok..!! sekarang setelah baca perumpamaan itu, adakah anda terfikir apa yang saya fikir? begitulah juga kita sebagai umat islam, hendaklah menutup aurat seperti yang telah ditetapkan oleh syarak @ undang2 yang telah pun dibuat oleh ALLAH. dah namanya pun islam, kenapa tak mengikut betul2 ajaran yang diberi? jika undang2 malaysia yang manusia sendiri cipta boleh diikuti kenapa tidak undang2 Allah? jika kita melanggar undang2 di malaysia yang mana hukumannya sama ada penjara atau denda beberapa ratus ringgit, bagaimanakah pula hukuman yang Allah akan jatuhkan kepada mereka yang tidak mematuhinya..? Auzubillah min zalik.

maka dengan ini, saya berharap agar muslim dan muslimah sekalian yang terteranya agama islam dalam ic, jadilah seorang yang celik ilmu agamanya.

insyaAllah, saya juga ingin mempelajari islam dengan lebih mendalam. apa yang buruk datang dari kita, apa yang baik datang dari Allah taala.


Isnin, 1 Februari 2010

SAHABAT


aku mempunyai sahabat karib. bermulanya persahabatan kami di sekolah.aku mencari-cari seorang yang bernama sahabat yang boleh memahami aku dan membimbing aku. dan juga membahagiakan aku. sudah ramai kenalan yang aku jumpa tapi semuanya bukanlah seseorang yang boleh aku panggil sahabat. sehinggalah seorang perempuan yang selama ini tidak ku pandang. ya..dia memang kawan aku di sekolah, sekelas. tapi aku tidak rasa yang dia baik untuk ku kerana persepsi pertama aku melihatnya aku mengganggap bahawa dia seorang yang sombong,kerana dia tidak peramah.dia seorang yang pandai jadi tak kisahlah kalau nak berlagak sombong. walaubagaimanapun, aku tetap berkawan dengan dia. cuma sekadar kawan bukan sahabat. tetapi, inilah yang dinamakan takdir. kita sebagai manusia jangan mudah membuat andaian melulu. kerana akhirnya dia jugalah sahabat karibku. bagaimana terjadi? semuanya kerana kami masing-masing mencari sahabat yang memahami. dalam diam sebenarnya dia teringin sangat berkenalan rapat dengan aku. dia cuba mendekati aku, aku pula tak sedar semua itu, sehinggalah kami masing-masing menceritakan perihal kami. seronok bercerita barulah aku sedar yang dia adalah sahabat yang aku cari selama ini. akhirnya kami menjadi sahabat karib. terlalu rapat. kemana kami pergi tetap berdua. sehinggakan orang lain menganggap kami ini seperti adik beradik, sedangkan adik beradik pun aku tak serapat begini. perangai ku juga banyak berubah dari segi pelajaran. aku yang dulunya tak lah suka sangat belajar akhirnya begitu berminat untuk belajar. semuanya kerana dia, kerana dia seorang yang pandai, aku begitu cemburu dan ingin menjadi seperti dia. cemburu aku tu bukanlah cemburu yang buruk. cemburu baik. terima kasih kepada dia. dia banyak membimbing aku dalam pelajaran. bukan aku sahaja yang berubah, dia juga turut berubah. perubahan dia jelas kelihatan dari segi perangainya. dulu dia yang dikenali sombong berubah menjadi peramah. yang sebenarnya dia bukanlah sombong tetapi dia begitu malu untuk menyapa orang. aku yang kenalinya barulah aku tahu sikapnya. alhamdullillah, perubahan dia tu mengubah persepsi orang lain yang dulunya tak sukakan dia bertukar menjadi suka. dia jugalah mengaku padaku bahawa dia berubah kerana aku. lepas pmr, aku ragu-ragu sama ada ingin pindah sekolah atau tidak. dia tetap dengan sekolah lama. dan dia tak mahu aku pindah. dia tak mahu kehilangan aku. akhirnya kami buat perjanjian tidak akan berpindah sehingga tamat spm. alhamdullillah janji itu tertunai juga. persahabatan kami begitu erat sehingga keluarga kami turut kenal satu sama lain. bagaikan satu keluarga.dia menganggap aku adik dan kakak kerana dia tiada adik beradik lain kecuali abangnya seorang. segala rahsia kami dikongsi bersama. ada suatu memori yang aku tak dapat lupakan. sungguhpun kami rapat tapi kami tak duduk bersebelahan dalam kelas. ini kerana sikap aku yang tak suka duduk dengan orang yang sama setiap tahun. dia ikut sahaja. jadi, kami duduk berasingan. tetapi walaupun asing, kami sentiasa ada waktu untuk berborak menceritakan rahsia atau apa yang berlaku di antara kami. orang ramai cakap macam pasangan bercinta pula. hahahah...disebabkan aku tak mahu pandangan seperti itulah aku banyak menjarakkan diri dari dia. suatu hari aku datang belajar di rumah dia. setelah banyak membaca kami pun berehat dan berborak. dia bagi aku satu bekas yang mempunyai pelbagai khazanah yang dia simpan. ada gambar, surat, kad dan hadiah. aku pun selongkar satu persatu. sehiggalah aku terbaca satu surat ini. dalam surat menceritakan tentang luahan perasaan seseorang. perasaan orang A terhadap orang B. si A begitu sayangkan si B. kerana si B memberi pelbagai perasaan terhadap si A. perasaan marah, sayang, suka, gembira, benci, geram, cemburu dan sebagainya. tetapi lebih banyak baik daripada buruklah. dalam surat itu juga ada menceritakan yang si A pernah cemburu kepada si B kerana si B layan orang lain begitu mesra sekali. bila si B ni rapat dengan orang lain, si A pasti akan sedih dan cemburu. aku terkejut membaca surat itu. aku menanyakan pada dia siapa yang dia maksudkan ni? adakah ***(lelaki yang dia minat di sekolah)? dia jawab bukan, tekalah. aku pun keliru siapa. aku yakin mestilah lelaki. tapi bila minta jawapannya, dia jawab B adalah aku. aku amat-amat terkejut kerana aku tak sangka dia boleh cemburu terhadap aku. bukan aku sahaja, dengan kawan-kawan yang aku layan sekali dia cemburu. patutlah setiap kali aku berborak dengan mana-mana kawan dia mesti datang menyampuk. aku memang tak sedar hint yang dia bagi. setelah aku tahu semuanya, aku mohon maaf kerana buat dia bersikap cemburu. aku pun jelaskan padanya bahawa aku seorang yang tak boleh dikongkong dan tak suka mengongkong orang lain. maksud aku, aku seorang yang berkawan ramai dan tak berminat untuk sentiasa berdua dengan orang yang sama. tetapi aku bukan jenis yang lupakan kawan. aku tetap akan sentiasa berhubung dan memberi masa untuk bersama pada orang yang aku sayang. seperti yang aku beritahu tadi sungguhpun aku tak duduk bersebelahan dengannya tetapi aku tetap mempunyai masa untuk kami berdua.sekali dah duduk berdua, lama bercerita. akhirnya dia faham rentak ku. dia pun tidak lagi berasa cemburu. dia pun dapat menyesuaikan dirinya dengan perangai aku. pelbagai kenangan dan memori indah yang kita berdua lalui.. tapi...sedih... tak sangka semua itu sementara. lepas spm, masing-masing bawa diri masing-masing. kami berdua cuba berhubung antara satu sama lain tapi jarak, masa, kesibukkan telah memisahkan kami. dia masuk maktab di kedah manakala aku foundation uia di nilai & gombak. sukarnya untuk kami berhubung, lebih-lebih lagi apabila dia dah ada kekasih. sehinggakan jika aku nak borak lama dengan dia pun tak dapat. kerana kekasih dia pun nak borak lama sedangkan setiap hari borak dan jumpa. macam mana pun aku faham dan aku beri mereka masa dan peluang. aku banyak mengundur diri. akhirnya kami begitu jarang....jarang....jarang..berhubung. apa yang dikatakan sahabat baik bukan lagi sahabat baik.. yang tinggal hanyalah "sahabat" tiada lagi "baik". sehinggalah baru-baru ini, aku dikejutkan dengan berita kematian bakal tunangnya (pada cuti mid term).itupun bukan dari mulutnya tetapi dari kawan-kawan lain. aku simpati dan tumpang sedih.aku cuba menelefonnya berkali-kali tapi dia matikan panggilan. aku fikir, berilah dia masa untuk menenangkan fikirannya. mungkin dia begitu sedih. tapi sebagai sahabat dan masih menganganggap dia sahabat karibku berasa amat kesal sekali kerana tak dapat berada disisi dia ketika dia benar-benar memerlukan seseorang. ketika dia begitu sedih menjalani ujian Allah. sekarang pula ujian untukku, aku tertinggal henset di rumah. dalam perjalanan balik ke uia barulah aku sedar. aku risau, risau kerana sampai sekarang aku x dapat hubungi dia lagi. tak dapat mendengar suaranya yang dalam kesedihan.
kini, aku mampu berdoa agar dia diberi ketabahan dan kekuatan. aku tetap menganggap dia sahabat karibku yang paling istimewa dalam hidupku....best in the world.

Jumaat, 29 Januari 2010

da lame x create blog..


assalamualaikum. erm..da lame x menaip..he..he..he.. asyik menaip untuk assignment je. saya ni ada dua blog. first, dalam friendster. second, dalam blogger nie. em..saya banyak create blog dalam frenster. sampai kan lupe blogger. so! skang nak discuss psl pe yerk.. em.. mcm2 perkara yg da berlalu..da jadi kenangan da. hah..! news yang terbaru, saya buat spek mata baru..hihi.. power da naik. so, alang2 tukar kanta baik saya tukar terus spek mata. lagipun bukan keinginan saya jugak, ayah saya yang galakkan tukar. katanya, kalo saya tukar kanta sahaja, apa saya nak pakai sementara spek saya hantar kedai. so, keputusannya beli baru. spek mata lama pun da kurang cantik. hari ni, hari jumaat, 30 hb januari 2010, adalah tarikh saya pakai spek mata baru..he..he..

news yang agak terbaru, saya dapat anak buah..! kakak saya yang sulung dah pun bersalin. dapat anak lelaki bernama irfan. sekarang ni da sebulan lebih umurnya. geramnya tengok baby nie... terasa bile nak dapat baby ek.. ops! kahwin pun belum lagi.. bf pun x de lagi. irfan nie mirip wajah papa dia cuma satu jer yang lain, matanya. matanya lebih kepada mama nye. dulu masa kakak saya baby, matanya sepet. untuk pengetahuan umum, kami sekeluarga berketurunan cina. nenek kami cina islam. so, emak saya nmpk la kecinaan nya. bila dah berkahwin ngan ayah saya yang berupa seorang lelaki melayu, so dapat la anak2 yang berwajah melayu cina. eh..b4 dat, lupe nak gitawu..nenek saya memang cina. khwin ngn arwah atok saya yang wajahnya melayu ( bugis campur jawa), barula dapat wajah mak saya yang x berapa rupa cina. patot la x nmpk cina sangat mak aku. hah.. ayah lak..pon keturunan jawa + minangkabau. dah brkahwin dptla wajah adik beradik saya tujuh orang ni. eh! nak cerita pasal anak buah tapi cerita sekali pasal keluarga. eh da maghrb la.. nak solat dulu. next time create lagi...