Ahad, 4 Julai 2010

Rahmat Ujian - Mestica

bismillah...

Hidup penuh dengan pelbagai ujian. tak dinafikan semua itu.. apa yang berlaku dalam hidup kita adalah suatu ujian untuk kita mematangkan lagi diri kita. semua ini adalah asam garam kehidupan, tanpa semua ini hidup kita tidak menarik. persoalannya, adakah kita mampu mengatasi semua ujian yang diberikan?
Ya! kita mampu.. Allah tidak akan memberi ujian kepada hambaNya jika hambaNya tidak mampu melakukannya. Allah tahu apa yang mampu untuk hambaNya, maka jika Dia ingin menurunkan ujian, Dia akan beri yang termampu dibawa oleh kita.
Persoalan seterusnya, bagaimanakah caranya kita hendak mengatasi ujian yang diberi? yes, inilah yang selalu diabaikan oleh semua hamba. jikadatang nya suatu ujian kita menganggap ia adalah suatu musibah. tidak terfikir di fikiran kita bahawa apa berlaku adalah ujian Allah untuk menguji iman kita. Mengapa kita perlu mengeluh dengan apa yang berlaku?
Sebenarnya, segala yang berlaku hendaklah dimaklumkan atau diluahkan kepada Allah. kerana sesungguhnya, pada Dia sahajalah yang dapat memberi penawar dan petunjuk juga jawapan dari segala yang berlaku dalam hidup kita. Apabila kita sebut akan semua ini, semua orang tahu perkara ini, ya, mereka tahu kalau ada masalah, mintalah doa dan petunjuk dari Allah. tapi, tanpa disedari, ramai orang islam tidak melakukannya.
Kadang-kadang sedih melihatnya. kenapa perlu mencari orang lain seperti bomoh sedangkan kita ada Tuhan. Dia Maha Pencipta, yang menciptakan kita, maka sesungguhnya Dia tahu apa yang baik untuk kita.

Akhir kalam, semoga Muslim n Muslimah semua sedar bahawa kita hidup di dunia ini adalah ujian semata-mata. setiap yang berlaku mintalah petunjuk daripadaNya agar dapat kita membuat keputusan yang betul dalam hidup kita dan tidak menyesal selamanya. Kerana sesunggguhnya redha Allah itu adalah penting untuk kita.
Lagu ini adalah lagu pemberi semangat kepada saya dan rakan-rakan. setiap kali mendengar lagu ini, kami rasa semangat untuk menempuh ujian Allah yang bagi kami sukar untuk mengatasinya tapi kami tahu, jika kami melalui dan menghadapinya dengan tabah juga bimbingan dari Allah dan hidayahNya, insyaAllah moga kami sejahtera dan selamat.