Rabu, 8 Jun 2011

S.N.I.O.P or S.N.I.O.T????

what is that s.n.i.o.p? and what is that s.n.i.o.t?
Syndrome Negative Influenced by People and Syndrome Negative Influenced by Thought. that's the answer. what is that meaning? s.n.i.o.p is someone easily believes what others said without find out the actual reason or the truth. and s.n.i.o.t is someone easily thinks negatively. contonhya, seseorang yang mudah percaya kata-kata orang lain. saya buat sesuatu yang betul tetapi ada orang yang cuba menyalahkan apa yang saya lakukan. dan orang tersebut juga kecohkan pada orang lain apa yang saya buat adalah salah. then, orang lain yang x berfikir dulu tu pun terus terima kenyataan yang salah itu tanpa siasat. ada ke orang macam ini? ada. sejak zaman rasullullah lagi ada orang sebegini. manusia yang menyalahkan perkara yang benar dipanggil A. dan dalam semua tidak sedar, perbuatan A adalah perbuatan fitnah. orang Islam dah sedia maklum akan hukuman fitnah betul x? tapi masih lagi yang melakukannya tanpa rasa takut. yela memang la x takut, hukuman nya x nampak lagi. yang mereka tahu khabar hukuman je. apa2 pun jika dah buat kesilapan dan tidak bertaubat confirm hukuman Allah menanti.. tunggu je la..

mereka yang negative thinking pula lebih kurang je sebenarnya. nabi pernah berpesan, husnulzan (حسن الظن) dalam semua perkara. jika meragu2 dalam sesuatu perkara hendaklah kamu siasat terlebih dahulu. kenapa mesti kita perlu berfikiran baik kerana kita tidak tahu apa yang berlaku terhadap seseorang tu, hanya Allah sahaja yang tahu segala-galanya. zahir dan batin. mereka yang berfikiran negatif ni sebenarnya membuatkan diri mereka tidak dikasihi. ye la orang kalo da asyik fikir negatif je sekeliling dia pun negatif la. x de sape nak dekat. yang paling sedih orang negatif ni akan makan diri sendiri juga.

jadi, kepada semua umat Islam diluar sana yang merasakan apa yang mereka buat ini betul. tiada rasa serba salah apabila melakukannya dan yang paling penting sekali minta petunjuk dari Allah agar kita tidak silap, yakinlah apa yang anda telah lakukan. tapi jika anda merasakan perkara yang anda lakukan salah. ragu2 dan rasa tidak senang dan tak tenteram hidup. tinggalkan perbuatan tersebut. manusia telah dianugerahkan akal untuk menilai baik dan jahat.

jangan berhenti disebabkan apa orang lain fikir dan kata. just do it and dont give up. they who are sniop and sniot are nothing! you know who you are. Allah knows you better than others know you.
A song for u and me...

Selasa, 7 Jun 2011

perkongsian tentang ust.farhan, bekas paderi kristian.

assalamualaikum..
alhamdullillah, saya dipertemukan dengan satu kumpulan yang memang best. saya kini bekerja as a part time di edata network. apa yang best dalam edata network adalah, kami bersama sama jihad dalam membantu orang orang Islam. kami buat buat business, yes maybe orang x nmpak apa kaitan business n dakwah. tapi kalau di imbas kembali, pada zaman Nabi S.A.W., baginda berdakwah dengan salah satu caranya iaitu berniaga. kita dimaklumkan pada zaman nabi, ramai sahabat2 nabi berniaga. kerana dengan berniaga kita mendapat keuntungan 9/10. ini juga telah diberitahu dalam hadis. betul x. kalau nak cerita konsep perniagaan kami bukan lah disini. tapi yang penting saya x rasa rugi melibatkan diri dalam edata network. macam2 yang saya dapat. daripada kenalan yang berbagai latar belakangnya, kenalan seluruh negeri dan ukhuwah islam diantara kami. saya juga dapat develop my self. (self-development). dan dapat bermuhasabah diri dengan ilmu2 agama.
semalam, saya menghadirkan diri ke SGM, SPECIAL GROUP MEETING yang memang dibuat setiap hari selasa malam. tujuannya untuk berkongsi pengalaman, menyampaikan berita2 terbaru dan majlis ilmu seperti tazkirah. memang da banyak kali saya hadir SGM ni tapi semlam adalah yang paling best bagi saya. sebelum ni ada juga yang best, Tan Sri Ali Hashim datang ke edata network berkongsi pengalaman beliau tp dat time saya x dpt dtg.
nak jadikan cerita saya ni sebenarnya x nak datang mlm tu, tp entah macam mana Allah buka pintu hati saya untuk pergi ke sana sebb ada hal yang saya perlu selesaikan dengn leader saya. last minute saya buat kptsn tok g edata network di damansara. on the way nak ke sana baru saya tahu ada tazkirah drpd seorang ustaz yang dulunya dia adalah seorang paderi masuk islam.
lagi la seronok saya dan bersemangat. ruginya x bwk kwn2 masa tu. yela kan saya last minute decide nak g sana. sampai je saya solat mahgrb dan isyk lepas tu tunggu majlis stat.
apa yang nk saya kongsikan, pengalamn ust tersebut. nama diberi setelah memeluk islam ialah ust. farhan.
nama asal: dikenali sbg pastor yohanes. tinggal di sabah. belajar di sekolah agama kristian. memang kuat agama kristian nya kerana ayahnya ketua paderi. dididik sejak kecil utk jadi paderi. terlibat dgn gerakan permission yng di'organiza' by paderi2 kristian, objektifnya utk menyesatkan atau memurtadkan org islam.

pengislamannya: sebelum masuk islam, ust. farhan dipertemukan dgn seorg ust (x diketahui namanya). pd ketika itu, ust farhan diajak untuk minum bersama. tapi ust tersebut berpuasa. tunggu azan maghrib, ust tersebut buka puasa dan solat sunat juga fardhu di hadapan ust. farhan. ust itu juga mengajar ust. farhan cara2 mengambil wuduk. pada malam itu, ust.farhan tidur di rumah ust tersebut. malam yang sama, beliau dapat mimpi. (xnk mention mimpinya, tkut shubha.. atau riak. kalo nak tahu jumpa personel...heheeh) ust. farhan dikejutkan dgn azan subuh. selepas itu beliau cerita kepada ust tadi apakah maksud mimpinya itu. ust itu memberitahu itu tandanya kamu diberi hidayah untuk memeluk islam. dalam masa yang sama ust. farhan memang mencari2 agama sebenar. dia denagn yakin memeluk agama islam.

cabaran ust.farhan setelah memeluk agama islam:
saya da mention tadi bhwa ayah ust. farhan adalh ketua paderi dan dia mengetuai 10 (atau mgkn lbh) gereja di sabah.
ketika ust.farhan sedang menunaikan solat di rumahnya, ayahnya yang melihat perbuatannya itu terus merampas sejadah ust. farhan.pada waktu itu brlaku pertengkaran antara ayah dan anak. ayah beliau membakar sejadah di depan mata ust.farhan. ayahnya juga memutuskn tali persaudaraan antara anak dan bapa. beliau di halau dari rumah. dengan hati dan iman yang kukuh dan yakin dengan islam. beliau berdoa dlm hati ketika melalui semua dugaan ini. sedang ust farhan melangkah keluar dari rumah, ayahnya mengambil senapang dan cuba menembak ust.farhan dari belakang. pd ketika itu hanya doa sahaja senjata beliau. dengn izin Allah, beliau di'lindungi', tiada sebutir peluru pun terkena di tubuk badan ust.farhan. alahamdullillah. pada ketika itu bertambah yakin imannya.

Belajar agama islam:
beliau berhijrah ke semenanjung dan belajar agama di kelantan. beliau telah menghafal al-quran.
setelah itu beliau belajar di al-azhar mesir utuk menambahkn lagi ilmu di dada. beliau pulang ke malaysia menjadi ust dan pendkwh.

pengislaman keluarganya:
sewaktu ust farhan mengembara belajar ilmu islam, dia tidak pernah lupa untuk mendoakn keluarganya agar diberi hidayah utk memeluk agama islam. tiap2 hari menunaikan solat hajat. dia juga kerap mengutus surat kpd ahli keluarganya utk memberitahu perkembangan terbaru dirinya dlam islam. suatu hari dia dpt panggiln daripd ibunya. ibunya minta dia pulang ke rumah. ust. farhan menetapkan syarat kp d ibunya agar memeluk agama islam jika ingin dia pulang. akhirnya ibunya dan adik beradiknya memeluk agama islam kecuali bapanya. walaubagaimanapun mereka sekeluarga sentiasa doakan bapanya agar memeluk islam.
bapanya jatuh sakit hampir 2 tahun. pada waktu itu bapanya sedar akan agama islam dan memeluk islam. setelah beberapa bulan sihat, bapanya dipukul oleh pengikut2 kristian kerana memeluk islam. cabaran ayah beliau, iaitu dipukul sehingga terlantar di hospital. tapi ayahnya tetap tabah dan sabar dengan dugaan ini, itula yang ust farhan ajar bahawa ini adalah satu pengorbanan.

kini, ayah beliau telah meninggal dunia, tapi sebelum 'pergi', ayah beliau telah mewakafkn 3@4 ekar tanahnya utk membina surau dan sekolah2 agama di kampung mereka. dngn cara ini mereka dapat berdakwah. alhamdullillah kini ramai penganut2 kristian disana telah memeluk agama islam. ust. farhan sendiri telah mengislamkan lbh kurng 4 ribu org atau mgkn lbh sejak dari beliau memeluk agama islam.

memang saya kagum dengan ust.farhan. dia diberi hidayah memeluk agama islam dan akhirnya menjadi pendakwah islam. bagaimana pula kita yang memang dilahirkan islam? adakah kita hargai islam dalam diri kita sejak dari lahir hingga sekarang? adakh kita benar2 berdakwah dalam menyebarkan agama islam? sedangkan kita sendiri masih lagi mencari2 ilmu islam. masih lagi merangkak utuk memupuk agama dan ilmu di dada. dan ada juga diantara kita yang langsung lupa akan islam. sedihkan.. kalau ditanya solat benda yang wajib masih lagi x ditunaikan bagaiamana pula dengan perkara lain yang harus kita lakukan utk berdakwah.

ini adalah satu peringatan pada diri saya dan juga mereka yang menyayangi islam. sedar2 lah bahawa dunia ini dah penghujungnya. mati kita pun x tahu bile. banyakkah pahala telah kita lakukan? tepuk dada tanya iman. sesungguhnya iman manusia senipis kulit bawang. adakalanya iman kita naik adakalanya turun. itu memang kita belajar dalam islam. apa2 pun marilah sama2 doakan kpd muslimun dan muslimat agar mereka tidak sesat dan sentiasa berada di landasan islam yang benar.