Rabu, 24 Februari 2010

the best song n best words


I praise ALLAH for sending me you my love...you found me home and sail with me And i'm here with you..now let me let you know.. You've opened my heart.. I was always thinking that love was wrong.. But everything was changed when you came along And there's a couple words i want to say.. For the rest of my life..I'll be with you I'll stay by your side honest and true Till the end of my time..I'll be loving you..loving you.. For the rest of my life...thru days and nights.. I'll thank Allah for opening my eyes Now and forever I...I'll be there for I know it deep in my heart.. I feel so blessed when I think of you And I ask Allah to bless all we do You're my wife and my friend and my strength and I pray we're together in Jannah. Now I found myself I feel so strong..yes everything was changed when you came along And there's a couple words I want to say For the rest of my life..I'll be with you I'll stay by your side honest and true Till the end of my time..I'll be loving you..loving you.. For the rest of my life...thru days and nights.. I'll thank Allah for opening my eyes Now and forever I...I'll be there for I know it deep in my heart..and now that you're here infront of me..I strongly feel love.. And I have no doubt..I sing it loud that I will love you eternally... For the rest of my life..I'll be with you I'll stay by your side honest and true Till the end of my time..I'll be loving you..loving you.. For the rest of my life...thru days and nights.. I'll thank Allah for opening my eyes Now and forever I...I'll be there for I know it deep in my heart..

Selasa, 23 Februari 2010

open your eyes



Close me to You..

Isnin, 22 Februari 2010

HARI UNTUK BERDOA

Sebuah catatan pernah dibacakan oleh Abu Sulayman Al-Kaththabi kepada sebahagian dari murid-muridnya. Beliau berkata:

"Dahulu pada hari-hari saat Imam Syafie menunaikan ibadah haji, ada suatu kesempatan yang digunakan olehnya untuk mengkaji berbagai masalah. Tiba-tiba ada seorang wanita menyampaikan sebuah lembaran bertuliskan:"

Semoga Allah mengampuni dosa orang yang memberi pertolongan dengan doa terhadap dua orang yang dahulunya selalu bersahabat. Kemudian mereka bercerai-berai kerana dikuasai oleh nafsu mereka. Setelah itu hilanglah rasa persahabatan di antara keduanya.

Al-Kaththabi melanjutkan. " Lalu Imam Syafie menangis sambil mengatakan, hari ini bukanlah hari untuk berdebat. Hari ini adalah hari untuk berdoa. Kemudian Imam Syafie terus menerus mengucapkan Allah humma..Allah humma..hingga semua sahabatnya pulang."

NILAI SEBUAH DOA

Adakah engkau menganggap rendah nilai sebuah doa?

padahal engkau tidak mengetahui pengaruh sebuah doa. Tidak ada salahnya engkau berdoa di tengah malam. Tetapi renungkanlah bahawa malam memiliki batas yang pasti akan berakhir.

Rabu, 10 Februari 2010

kulit muka terbakar...

sport carnival bedsa da berlalu..saya main netball dan team saya, rumah oren dapat tempat ketiga. erm..x kisahla asalkan dapt medal. lps berlalu satu hari tue, muka sume students merah n terbakar..termasukla muka saya yang dlm keadaan semakin pulih. mula2 merah, pastu gelap berbelang, pastu, kulit muka ni mengelupas. x pe...lame2 okla muke nie...

Selasa, 2 Februari 2010

my class....

saya suka semua kelas pada sem ni.. especially kelas usul al-fiqh and tajwid n hifz.. ustaz2 saya tu bukan sahaja mengajar yang berkaitan dengan subjek tapi mereka juga memberi isu2 yang berkaitan dengan kehidupan kita seharian. persoalan dan masalah yang mereka bangkitkan membuat kami anak muridnya berfikir dengan lebih jauh atau lebih terbuka. setiap masalah ada penyelesaiannya. begitulah apa yang mereka lakukan. tetapi yang seronoknya jawapan yang mereka kongsi bersama kami adalah jawapan yang tak terfikir dalam fikiran kami. jawapannya ringkas tapi amat bermakna. perbincangan kami adalah perbincangan masalah umat islam yang berlaku pada zaman serba moden ini. tertanya2 kenapa pada zaman nabi muhammad tidak berlaku segala masalah seperti yang berlaku sekarang? mesti ramai yang menjawab zaman nabi lain, zaman kita lain. apa ye bezanya? jika nak dijadikan masalah pada zaman2 bila pun boleh jadi.

saya nak kongsi satu masalah yang dibangkitkan oleh ustaz saya. oleh kerana satu hari nanti saya bakal menjadi ustazah insyaAllah.. maka ustaz pun tanya soalan ini, bagaimanakah caranya kamu sebagai orang yang beragama (ustazah) ingin mengajak umat islam terutamanya muslimah, menutup aurat. seperti yang kita nampak, ramai diantara kita beragama islam tetapi adakah mereka menjalankan syariat2 islam? bertudungkah mereka walhal mereka solat juga. tak pernah tinggal solat lagi tu. bile di ajak bertudung, katanya belum dapat hidayah. ada juga yang menjawab islam bukan agama paksaan, mereka pun rujuk lah kepada ayat "لا إكره في الدين" jadi, apa jawapannya?

maka inilah yang diberi.. perumpamaan..; saya ada sebuah kereta, kereta mercedes, beli guna duit sendiri. tapi saya tak ada rotex n lesen. saya pun pergi la jalan2 bawa kereta mercedes tu.. tiba2 ade road block. polis pun tahan saya kerana saya tak ada rotex. bila minta lesen saya jawab saya tak ada lesen. maka polis pun nak saman saya. saya jawab, kenapa saya perlu disaman, kereta ni kereta saya! saya beli guna duit saya sendiri! tak mencuri! saya pun bawa ok je tak mengganggu orang lain. kenapa saya perlu disaman. ini tak boleh jadi..! see u in court! saya pun bawakan hal ini ke mahkamah..setelah dibincng2 agak2 nya siapa yang menang? saya atau polis?
secara relevan nya mesti semua menjawab polis yang menang. memang dah undang2 malaysia, jika sesiapa membawa kenderaan hendaklah adanya rotex dan lesen. jika tidak anda akan dihukum. maka jatuhlah hukuman terhadap saya.

ok..!! sekarang setelah baca perumpamaan itu, adakah anda terfikir apa yang saya fikir? begitulah juga kita sebagai umat islam, hendaklah menutup aurat seperti yang telah ditetapkan oleh syarak @ undang2 yang telah pun dibuat oleh ALLAH. dah namanya pun islam, kenapa tak mengikut betul2 ajaran yang diberi? jika undang2 malaysia yang manusia sendiri cipta boleh diikuti kenapa tidak undang2 Allah? jika kita melanggar undang2 di malaysia yang mana hukumannya sama ada penjara atau denda beberapa ratus ringgit, bagaimanakah pula hukuman yang Allah akan jatuhkan kepada mereka yang tidak mematuhinya..? Auzubillah min zalik.

maka dengan ini, saya berharap agar muslim dan muslimah sekalian yang terteranya agama islam dalam ic, jadilah seorang yang celik ilmu agamanya.

insyaAllah, saya juga ingin mempelajari islam dengan lebih mendalam. apa yang buruk datang dari kita, apa yang baik datang dari Allah taala.


Isnin, 1 Februari 2010

SAHABAT


aku mempunyai sahabat karib. bermulanya persahabatan kami di sekolah.aku mencari-cari seorang yang bernama sahabat yang boleh memahami aku dan membimbing aku. dan juga membahagiakan aku. sudah ramai kenalan yang aku jumpa tapi semuanya bukanlah seseorang yang boleh aku panggil sahabat. sehinggalah seorang perempuan yang selama ini tidak ku pandang. ya..dia memang kawan aku di sekolah, sekelas. tapi aku tidak rasa yang dia baik untuk ku kerana persepsi pertama aku melihatnya aku mengganggap bahawa dia seorang yang sombong,kerana dia tidak peramah.dia seorang yang pandai jadi tak kisahlah kalau nak berlagak sombong. walaubagaimanapun, aku tetap berkawan dengan dia. cuma sekadar kawan bukan sahabat. tetapi, inilah yang dinamakan takdir. kita sebagai manusia jangan mudah membuat andaian melulu. kerana akhirnya dia jugalah sahabat karibku. bagaimana terjadi? semuanya kerana kami masing-masing mencari sahabat yang memahami. dalam diam sebenarnya dia teringin sangat berkenalan rapat dengan aku. dia cuba mendekati aku, aku pula tak sedar semua itu, sehinggalah kami masing-masing menceritakan perihal kami. seronok bercerita barulah aku sedar yang dia adalah sahabat yang aku cari selama ini. akhirnya kami menjadi sahabat karib. terlalu rapat. kemana kami pergi tetap berdua. sehinggakan orang lain menganggap kami ini seperti adik beradik, sedangkan adik beradik pun aku tak serapat begini. perangai ku juga banyak berubah dari segi pelajaran. aku yang dulunya tak lah suka sangat belajar akhirnya begitu berminat untuk belajar. semuanya kerana dia, kerana dia seorang yang pandai, aku begitu cemburu dan ingin menjadi seperti dia. cemburu aku tu bukanlah cemburu yang buruk. cemburu baik. terima kasih kepada dia. dia banyak membimbing aku dalam pelajaran. bukan aku sahaja yang berubah, dia juga turut berubah. perubahan dia jelas kelihatan dari segi perangainya. dulu dia yang dikenali sombong berubah menjadi peramah. yang sebenarnya dia bukanlah sombong tetapi dia begitu malu untuk menyapa orang. aku yang kenalinya barulah aku tahu sikapnya. alhamdullillah, perubahan dia tu mengubah persepsi orang lain yang dulunya tak sukakan dia bertukar menjadi suka. dia jugalah mengaku padaku bahawa dia berubah kerana aku. lepas pmr, aku ragu-ragu sama ada ingin pindah sekolah atau tidak. dia tetap dengan sekolah lama. dan dia tak mahu aku pindah. dia tak mahu kehilangan aku. akhirnya kami buat perjanjian tidak akan berpindah sehingga tamat spm. alhamdullillah janji itu tertunai juga. persahabatan kami begitu erat sehingga keluarga kami turut kenal satu sama lain. bagaikan satu keluarga.dia menganggap aku adik dan kakak kerana dia tiada adik beradik lain kecuali abangnya seorang. segala rahsia kami dikongsi bersama. ada suatu memori yang aku tak dapat lupakan. sungguhpun kami rapat tapi kami tak duduk bersebelahan dalam kelas. ini kerana sikap aku yang tak suka duduk dengan orang yang sama setiap tahun. dia ikut sahaja. jadi, kami duduk berasingan. tetapi walaupun asing, kami sentiasa ada waktu untuk berborak menceritakan rahsia atau apa yang berlaku di antara kami. orang ramai cakap macam pasangan bercinta pula. hahahah...disebabkan aku tak mahu pandangan seperti itulah aku banyak menjarakkan diri dari dia. suatu hari aku datang belajar di rumah dia. setelah banyak membaca kami pun berehat dan berborak. dia bagi aku satu bekas yang mempunyai pelbagai khazanah yang dia simpan. ada gambar, surat, kad dan hadiah. aku pun selongkar satu persatu. sehiggalah aku terbaca satu surat ini. dalam surat menceritakan tentang luahan perasaan seseorang. perasaan orang A terhadap orang B. si A begitu sayangkan si B. kerana si B memberi pelbagai perasaan terhadap si A. perasaan marah, sayang, suka, gembira, benci, geram, cemburu dan sebagainya. tetapi lebih banyak baik daripada buruklah. dalam surat itu juga ada menceritakan yang si A pernah cemburu kepada si B kerana si B layan orang lain begitu mesra sekali. bila si B ni rapat dengan orang lain, si A pasti akan sedih dan cemburu. aku terkejut membaca surat itu. aku menanyakan pada dia siapa yang dia maksudkan ni? adakah ***(lelaki yang dia minat di sekolah)? dia jawab bukan, tekalah. aku pun keliru siapa. aku yakin mestilah lelaki. tapi bila minta jawapannya, dia jawab B adalah aku. aku amat-amat terkejut kerana aku tak sangka dia boleh cemburu terhadap aku. bukan aku sahaja, dengan kawan-kawan yang aku layan sekali dia cemburu. patutlah setiap kali aku berborak dengan mana-mana kawan dia mesti datang menyampuk. aku memang tak sedar hint yang dia bagi. setelah aku tahu semuanya, aku mohon maaf kerana buat dia bersikap cemburu. aku pun jelaskan padanya bahawa aku seorang yang tak boleh dikongkong dan tak suka mengongkong orang lain. maksud aku, aku seorang yang berkawan ramai dan tak berminat untuk sentiasa berdua dengan orang yang sama. tetapi aku bukan jenis yang lupakan kawan. aku tetap akan sentiasa berhubung dan memberi masa untuk bersama pada orang yang aku sayang. seperti yang aku beritahu tadi sungguhpun aku tak duduk bersebelahan dengannya tetapi aku tetap mempunyai masa untuk kami berdua.sekali dah duduk berdua, lama bercerita. akhirnya dia faham rentak ku. dia pun tidak lagi berasa cemburu. dia pun dapat menyesuaikan dirinya dengan perangai aku. pelbagai kenangan dan memori indah yang kita berdua lalui.. tapi...sedih... tak sangka semua itu sementara. lepas spm, masing-masing bawa diri masing-masing. kami berdua cuba berhubung antara satu sama lain tapi jarak, masa, kesibukkan telah memisahkan kami. dia masuk maktab di kedah manakala aku foundation uia di nilai & gombak. sukarnya untuk kami berhubung, lebih-lebih lagi apabila dia dah ada kekasih. sehinggakan jika aku nak borak lama dengan dia pun tak dapat. kerana kekasih dia pun nak borak lama sedangkan setiap hari borak dan jumpa. macam mana pun aku faham dan aku beri mereka masa dan peluang. aku banyak mengundur diri. akhirnya kami begitu jarang....jarang....jarang..berhubung. apa yang dikatakan sahabat baik bukan lagi sahabat baik.. yang tinggal hanyalah "sahabat" tiada lagi "baik". sehinggalah baru-baru ini, aku dikejutkan dengan berita kematian bakal tunangnya (pada cuti mid term).itupun bukan dari mulutnya tetapi dari kawan-kawan lain. aku simpati dan tumpang sedih.aku cuba menelefonnya berkali-kali tapi dia matikan panggilan. aku fikir, berilah dia masa untuk menenangkan fikirannya. mungkin dia begitu sedih. tapi sebagai sahabat dan masih menganganggap dia sahabat karibku berasa amat kesal sekali kerana tak dapat berada disisi dia ketika dia benar-benar memerlukan seseorang. ketika dia begitu sedih menjalani ujian Allah. sekarang pula ujian untukku, aku tertinggal henset di rumah. dalam perjalanan balik ke uia barulah aku sedar. aku risau, risau kerana sampai sekarang aku x dapat hubungi dia lagi. tak dapat mendengar suaranya yang dalam kesedihan.
kini, aku mampu berdoa agar dia diberi ketabahan dan kekuatan. aku tetap menganggap dia sahabat karibku yang paling istimewa dalam hidupku....best in the world.