saya nak kongsi satu masalah yang dibangkitkan oleh ustaz saya. oleh kerana satu hari nanti saya bakal menjadi ustazah insyaAllah.. maka ustaz pun tanya soalan ini, bagaimanakah caranya kamu sebagai orang yang beragama (ustazah) ingin mengajak umat islam terutamanya muslimah, menutup aurat. seperti yang kita nampak, ramai diantara kita beragama islam tetapi adakah mereka menjalankan syariat2 islam? bertudungkah mereka walhal mereka solat juga. tak pernah tinggal solat lagi tu. bile di ajak bertudung, katanya belum dapat hidayah. ada juga yang menjawab islam bukan agama paksaan, mereka pun rujuk lah kepada ayat "لا إكره في الدين" jadi, apa jawapannya?
maka inilah yang diberi.. perumpamaan..; saya ada sebuah kereta, kereta mercedes, beli guna duit sendiri. tapi saya tak ada rotex n lesen. saya pun pergi la jalan2 bawa kereta mercedes tu.. tiba2 ade road block. polis pun tahan saya kerana saya tak ada rotex. bila minta lesen saya jawab saya tak ada lesen. maka polis pun nak saman saya. saya jawab, kenapa saya perlu disaman, kereta ni kereta saya! saya beli guna duit saya sendiri! tak mencuri! saya pun bawa ok je tak mengganggu orang lain. kenapa saya perlu disaman. ini tak boleh jadi..! see u in court! saya pun bawakan hal ini ke mahkamah..setelah dibincng2 agak2 nya siapa yang menang? saya atau polis?
secara relevan nya mesti semua menjawab polis yang menang. memang dah undang2 malaysia, jika sesiapa membawa kenderaan hendaklah adanya rotex dan lesen. jika tidak anda akan dihukum. maka jatuhlah hukuman terhadap saya.
ok..!! sekarang setelah baca perumpamaan itu, adakah anda terfikir apa yang saya fikir? begitulah juga kita sebagai umat islam, hendaklah menutup aurat seperti yang telah ditetapkan oleh syarak @ undang2 yang telah pun dibuat oleh ALLAH. dah namanya pun islam, kenapa tak mengikut betul2 ajaran yang diberi? jika undang2 malaysia yang manusia sendiri cipta boleh diikuti kenapa tidak undang2 Allah? jika kita melanggar undang2 di malaysia yang mana hukumannya sama ada penjara atau denda beberapa ratus ringgit, bagaimanakah pula hukuman yang Allah akan jatuhkan kepada mereka yang tidak mematuhinya..? Auzubillah min zalik.
maka dengan ini, saya berharap agar muslim dan muslimah sekalian yang terteranya agama islam dalam ic, jadilah seorang yang celik ilmu agamanya.
insyaAllah, saya juga ingin mempelajari islam dengan lebih mendalam. apa yang buruk datang dari kita, apa yang baik datang dari Allah taala.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan